hehehehe...
hye semua,,,
nak share ngn korang lah tips nie...
mungkin ada antara kita yang mengalami masalah nie kn...
apa kata try la tips2 kt bawah nie...
yg mungkin blh membantu...
1. Scrub lemon/Limau nipis
Kandungan vitamin C sangat tinggi dlm buah lemon dan sangat sesuai digunakan untuk memutihkan kulit ketiak. Caranya sangatlah mudah, cukup lakukan scrub ketiak sebagai rutin dengan memakai buah lemon. Kerana lemon ada dua fungsi iaitu memutihkan kulit juga membuat ketiak anda jadi segar dan wangi.
2. Lulur kunyit
Kunyit bukan sahaja digunakan untuk memasak tapi juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Beberapa produk lotion pun ada yang menggunakan kunyit sebagai bahan pemutih semulajadi. Anda tidak perlu susah payah menggilingnya, cukup beli saja di pasar yang sudah dijadikan serbuk. Caranya cukup mudah larutkan 2 sudu serbuk kunyit dalam air dan sapukan di ketiak. Bilas sesudah dibiarkan beberapa minit.
3. Yogurt dan susu
Yogurt dan susu banyak mengandung asam laktat, iaitu bahan yang mampu memutihkan ketiak secara semulajadi. Campurkan yogurt dengan beberapa sudu susu. Kemudian sapu sebagai scrub dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan sebagai rutin setiap minggu untuk mendapat hasil yang diidamkan.
4. Timun
Timun dapat menyegarkan dapat membantu melembabkan kulit, mengatasi kulit berminyak bahkan dapat digunakan untuk memutihkan ketiak. Untuk mengatasi ketiak hitam caranya sangatlah mudah, cukup haluskan timun dan maskerkan pada ketiak anda. Sesudah di biarkan selama 12-17 minit, bersihkan dengan air yang bersih. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, seminggu buat 2-3 kali.
5. Betik dan Madu
Betik dan Madu memiliki manfaat memutihkan untuk ketiak. Kandungan asam arkobat yang terdapat pada betik dapat mempercepat pengelupasan sel kulit mati pada kulit. Sedangkan Madu memiliki kandungan vitamin C dan polifenol yang berguna untuk mencerahkan kulit ketiak. Caranya, ambil 1/4 buah betik mengkal kemudian haluskan dengan blender.Tambah 2 senduk makan madu dan sapukan di ketiak. Biarkan selama kurang lebih 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
6. Baking Soda
Baking soda memiliki kalsium yang boleh mengangkat sel kulit mati. Caranya cukup mudah ambil secubit, larutkan dalam air dan sapukan di ketiak. Gosok selama kurang lebih 2 hingga 3 minit kemudian bilas dengan air bersih.
7.Ubat gigi
Picit sebesar kacang soya ubat gigi dan coletkan pada hujung jari dan kesat di bahagian lipatan/ ketiak yang gelap. Bersihkan dengan air bersih. Jangan teruskan tips ini kalau tiba-tiba kulit merah-merah. Itu maksudnya kulit anda sensitif.
***hehehehhe yg da sedia putih tu nk amalkan pown xd mslh..***
selamat mencuba :)
7 comments:
ohhhh menarik entry ni. baru tau pasal ni.
Anyway, awak ditag :)
http://fie-mi.blogspot.com/2014/05/beauti-giveaway-2-by-rafydahouse.html
tq sbb share.. nk try lemon letak kat muka.. hee
heheheheh Izzati...sy pernah buat...hehehehe muka berjerawat sesuai guna...hehehhehe cuma pedih ckit la mse sy guna tu...tp kesan bgus....cme mgkin kne konsisten je...
hehehehe Fiemi....jom sme2 amalkan...eheheheheh :)
tq dear sudi jemput sy,,,
klo km suda coba yg mana? ampuh ga? hehe... :p
hehheheh Novi,,,no 1 suda coba,,,tpi ngak selalu buat...hehehehe :)
tq sis sudi singgah...heheheh gud luck... :)
Post a Comment